ISU PERKAUMAN DAN CARA MENGATASI
Pada era globalisasi ini, masyarakat Malaysia sering mengatakan tentang isu perkauman di negara kita ini. Terdapat pelbagai isu yang menjadi buah mulut masyarakat setempat tidak kira golongan remaja mahupun dewasa. Contohnya, isu Lowyat masih hangat dijadikan isu, lagi lagi di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
Antaranya ialah, isu perkauman ini melibatkan kaum Melayu dan Cina sehingga diberi slogan
" Melayu Vs Cina' . tambahan lagi, di media sosial kedua-dua kaum ini masing-masing mendakwa mereka betul dan tidak mahu mengaku salah ,ereka sendiri. Siapa yang memulakan sebenarnya? siapa yang salah sebenarnya? Dua persoalan ini amat sukar untuk dijawab.
Kalau diikutkan, isu ketegangan kaum bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Hari demi hari, tahun demi tahun berlalu pasti ada sahaja isu tidak puas hati antara kaum dilaporkan.
Ironinya, kebanyakkan kes sebenarnya bukanlah besar mana. Bila dilihatkan pada isu yang berbangkit boleh kata semuanya dilakukan demi kepentingan diri sendiri, atau demi mempertahankan kaum yang kadang-kadang langsung tidak relevan.
Seperti isu gaduh di Low Yat ini, sudah terang lagi bersuluh ia berkaitan jenayah, bukan perkauman. Tapi orang kita hangatkan dan sensasikan lagi isu ini melauli tajuk "perkauman" serta lebih cenderung untuk mengetahui tentang " kaum mana yang salah dan kaum mana yang betul"
Masing-masing juga tudak pernah knal erti penat dalam menunjuk taring, menzahirkan kudrat kekuatan dan mempamerkan kepakaran berlawan, Dialah wira, dialah jaguh, dialah raja, dialah yang paling gagah perkasa dan dialah paling digeruni.
Kesimpulannya, kita janganlah terjebak dalam isu perkauman agar setiap kaum di Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram tanpa adanya rusuhan.
EDIT BY : ERIN MUSTAFFA
: AINA NAJIHAH
Ulasan
Catat Ulasan