PEMBEDAHAN PLASTIK








(JABATAN PERDAGANGAN)

KOD KURSUS: DPD 1022
TAJUK: HUKUM MEMBUAT PEMBEDAHAN PLASTIK BAGI TUJUAN KECANTIKAN

NAMA PELAJAR                                                        NO PENDAFTARAN
1) SITI AISHAH BINTI TALIB                                          30DIB18F1011
2) NUR AINA NAJIHAH BINTI AZHAR                             30DIB18F1024
3) NUR AYU ELYANA BINTI ROSLAN                             30DIB18F1021
4) NUR HAKIMAH BINTI RUZANE                                  30DIB18F1006
5) NURUL ERIN ERYAANA BINTI MUSTAFFA                 30DIB18F1025
6) MOHAMAD IZHAMSHAH BIN HAMZAH                     30DIB18F1034

DISEMAK OLEH:
PUAN NUR SHAZWANI BINTI SADZALI

TARIKH HANTAR:
07.10.18


ISI KANDUNGAN
BIL
TAJUK
M/S
1
OBJEKTIF
3
2
MAKSUD PEMBEDAHAN PLASTIK
4-5
3
CONTOH PROSEDUR PEMBEDAHAN PLASTIK

5-6
4
PEMBAHAGIAN PEMBEDAHAN PLASTIK
6-7
5
DALIL YANG BERKAITAN UNTUK MEMBEZAKAN ANTARA PEMBEDAHAN KECANTIKAN YANG DIBOLEHKAN DAN YANG DIHARAMKAN

7-8
6
HUKUM PEMBEDAHAN PLASTIC MENURUT ISLAM
9
7
GARIS PANDUAN BERHIAS MENURUT ISLAM
10-11
8
LAMPIRAN
12
9
RUJUKAN
13
10
PENUTUP DAN KESIMPULAN.
14






















OBJEKTIF


Tugasan ini dibuat untuk mengkaji:
1)      Definisi pembedahan plastik
2)      Faktor berlaku nya pembedahan plastik
3)      Dalil yang berkaitan dengan aktiviti pembedahan plastik
4)      Hukum jika membuat pembedahan plastik



1)MAKSUD PEMBEDAHAN PLASTIK
1.1 PEMBEDAHAN PLASTIK MENURUT WIKIPEDIA:
Pembedahan plastik merupakan pembedahan dengan tujuan untuk perubatan dan pemulihan yang dibenarkan. Contoh, pembedahan untuk mulut yang sumbing atau pembedahan untuk merawat kulit yang melecur. Pemakaian gigi palsu, rambut palsu, mata palsu dan sebagainya dibenarkan untuk tujuan menutup bahagian yang mengalami kecatatan. Pembedahan ini juga bertujuan untuk kecantikan seperti memancungkan hidung, membesarkan mata dan sebagainya[1].

1.2  PEMBEDAHAN PLASTIK MENURUT PERSPEKTIF SAINS:
 Pembedahan plastik ditakrifkan sebagai pembedahan khusus untuk pembinaan semula kecacatan muka dan badan akibat gangguan lahir, trauma, terbakar, dan penyakit lain. Pembedahan plastik adalah bertujuan untuk membetulkan kawasan fungsi kawasan badan dan pembentukan semula dalam alam semula jadi. Walaupun ramai pakar bedah plastik memilih untuk menamatkan latihan tambahan dan melakukan pembedahan kosmetik juga, asas latihan pembedahan mereka kekal pembedahan plastik rekonstruktif. Malah, pada tahun 1999, American Society of Plastic Surgeons dan rekonstruktif menukar namanya kepada Persatuan Amerika Doktor Plastik untuk lebih kuat menyampaikan mesej bahawa "plastik dan Pakar Bedah rekonstruktif adalah satu kaitan yang sama."[2]




1.3 PEMBEDAHAN PLASTIK MENURUT BAHASA:
Pembedahan plastik (plastic surgery) atau dalam bahasa Arab disebut Jirahah at-tajmil adalah pembedahan untuk memperbaiki penampilan satu anggota tubuh yang nampak, atau untuk memperbaiki fungsinya, ketika anggota tubuh itu berkurang, hilang / lepas, atau rosak.[3]

2) CONTOH PROSEDUR PEMBEDAHAN PLASTIK
a)Pembinaan semula payudara
Kemungkinan pembinaan semula payudara (breast reconstruction) patut didendangkan kepada para pesakit sekiranya mereka terpaksa menjalani pembedahan untuk membuangkan keseluruhan ataupun sebahagian besar bahagian payudaranya.  Aspek pembinaan semula payudara selalunya dipertimbangkan setelah pelan pembedahan serta rawatan terapi “adjunct” seperti kemoterapi serta radiasi telah dibincangkan.
Mengambil langkah membina semula payudara pastinya merupakan langkah terbaik serta anugerah kepada mereka yang terpaksa mengorbankan payudara mereka.  Ia memulihkan tahap keyakinan, harga diri serta rasa kewanitaan mereka. Tidak syak lagi, ia sebenarnya mengembalikan mereka kepada dunia asal mereka di dalam masa yang lebih singkat.[4]
b)Pembedahan carpal tunnel/tangan.
Sindrom carpal tunnel adalah keadaan apabila saraf yang melalui bahagian depan pergelangan tangan (median saraf) dimampatkan. Tujuan carpel tunnel/ tangan adalah untuk melegakan mampatan pada saraf dengan memotong ligamen yang menekan mereka.[5]



3)  PEMBAHAGIAN PEMBEDAHAN PLASTIK

Pembahagian pembedahan plastik terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pembedahan membentuk semula dan pembedahan kosmetik. Bagi pembedahan membentuk semula,pembedahan itu dilakukan ke atas bahagian tubuh yang tidak normal untuk mendapatkan bentuk yang normal ,merawat fungsinya dan merawat keaiban. Sebabnya ialah kesan daripada kecederaan,penyakit dan kecacatan kongenital(sejak lahir). Bahagian yang kedua pula ialah pembedahan kosmetik. Pembedahan ini bertujuan semata mata untuk mencantikkan bahagian badan mengikut keinginan dan kehendak nafsu seseorang itu semata mata. Contohnya, menegangkan muka,mengubahsuai hidung dan mata untuk kecantikkan. Seterusnya membuang lemak dan membesarkan atau mengecilkan payudara.
Cacat dapat dibahagikan kepada dua jenis:
1. Cacat yang sediakala sejak dari lahir.
2.  Cacat yang timbul akibat sakit yang dialami.

Cacat yang terhasil sejak dari lahir contohnya, bibir sumbing, bentuk jari-jemari yang bengkok dan lain-lain. Kecacatan akibat sakit seperti cacat yang timbul akibat penyakit kusta , akibat kemalangan, luka kesan terbakar dan sebagainya. Dalam kes ini, sudah tentu cacat tersebut sangat mengganggu penghidap secara fizikal mahupun mental. Dalam keadaan sedemikian syariat membolehkan si penghidap menghilangkan kecacatan, memperbaiki atau mengurangkan kesan akibat kecacatan tersebut melalui pembedahan. 

Ini kerana kecacatan tersebut mengganggu si penghidap secara mental mahupun fizikal sehingga dia boleh mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan. Dan juga kerana hal itu sangat diperlukan oleh si penghidap. Keperluan yang mendesak juga termasuk dalam perkara darurat. Ia sebagai salah satu sebab keluarnya rukhsah (keringanan) dalam hukum. Setiap pembedahan yang tergolong sebagai pembedahan kecantikan yang memang diperlukan untuk menghilangkan gangguan, hukumnya boleh dilakukan dan tidak termasuk mengubah ciptaan Allah.[6]

4)DALIL YANG BERKAITAN UNTUK MEMBEZAKAN ANTARA PEMBEDAHAN KECANTIKAN YANG DIBOLEHKAN DAN YANG DIHARAMKAN

Berikut merupakan penjelasan Imam An-Nawawi untuk membezakan diantara pembedahan kecantikan yang diharuskan dan yang diharamkan:

Dalam menjelaskan hadith Rasulullah saw:
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ 

"Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan yang meminta untuk ditatukan, yang mencukur (menipiskan) alis (bulu kening) dan yang meminta dicukur, yang mengikir gigi supaya kelihatan cantik dan merubah ciptaan Allah." [Riwayat Muslim]

Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan hadis yang bermaksud : 
"Al-Washimah" adalah wanita yang mentatu. Iaitu melukis belakang telapak tangan, pergelangan tangan, bibir atau anggota tubuh lainnya dengan jarum atau sejenisnya sehingga mengeluarkan darah lalu diletakkan dengan tinta/ dakwat untuk diwarnai. Perbuatan tersebut haram hukumnya bagi yang mentatu ataupun yang minta untuk ditatukan. Sementara "An-Naamishah" adalah wanita yang menghilangkan atau mencukur kening. 

Adapun "Al-Mutanammisah" adalah wanita yang meminta dicukurkan. Perbuatan ini juga haram hukumnya, kecuali jika tumbuh janggut (seperti lelaki.) atau misai pada wajah wanita tersebut, dalam hal ini dia boleh mencukurnya. Sementara "Al-Mutafallijat" adalah wanita yang menjarangkan giginya, biasa dilakukan oleh wanita-wanita tua atau dewasa supaya kelihatan muda dan lebih indah. Kerana jarak renggang antara gigi-gigi tersebut biasa terdapat pada gadis-gadis kecil. Apabila seorang wanita sudah bertambah tua giginya akan membesar, sehingga ia menggunakan kikir untuk mengecilkan bentuk giginya supaya lebih indah dan agar kelihatan masih muda.


Suatu permasalahan yang perlu ditekankan di sini ialah para ahli medik yang melakukan pembedahan kecantikan tersebut biasanya tidak membezakan antara keperluan yang menimbulkan bahaya dengan keperluan yang tidak menimbulkan bahaya. Yang menjadi kepentingan mereka hanyalah mencari keuntungan harta, dan memberi kepuasan kepada pesakit dan pengikut hawa nafsu, materialistik dan penyeru kebebasan. Mereka beranggapan setiap orang bebas melakukan apa sahaja terhadap tubuhnya sendiri. Ini jelas sebuah penyimpangan. Kerana pada hakikatnya jasad ini adalah milik Allah, Dia-lah yang menetapkan ketentuan-ketentuan berkenaan dengannya sekehendakNya. Allah telah menjelaskan kepada kita cara-cara yang telah diikrarkan Iblis untuk menyesatkan bani Adam, di antaranya adalah firman Allah:


وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ وَمَن يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا

"Dan aku akan suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu mereka benar-benar mengubahnya. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang nyata.[An-Nisa' 4:119][7]


5)HUKUM PEMBEDAHAN PLASTIK MENURUT ISLAM
Hukum pembedahan plastik terbahagi dua iaitu mubah(harus) dan haram iaitu:
5.1 Pembedahan  plastik yang mubah (Harus)
Pembedahan plastik yang mubah adalah bertujuan untuk memperbaiki kecacatan sejak lahir (al-uyub al-khalqiyyah) seperti bibir sumbing, atau cacat yang datang kemudian (al-uyub al-thari`ah) akibat kemalangan, kebakaran, atau seumpamanya, seperti wajah yang rosak akibat kebakaran atau kemalangan.
Hukum pembedahan plastik untuk memperbaiki kecacatan yang dialami oleh seseorang itu adalah mubah, Berdasarkan dalil yang diharuskan untuk menjalani pembedahan plastik adalah. Nabi SAW bersabda, "Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, kecuali Allah menurunkan pula ubatnya." (HR Bukhari)

5.2 Pembedahan plastik yang diharamkan
Pembedahan plastik yang diharamkan, seperti seseorang itu berniat semata-mata untuk mencantikkan wajah atau tubuh, tanpa ada niat untuk rawatan atau memperbaiki sesuatu kecacatan. Contohnya, pembedahan untuk membentuk hidung, dagu, buah dada, atau pembedahan untuk menghilangkan kedutan-kedutan penuaan di wajah, dan sebagainya.[8]


6)GARIS PANDUAN BERHIAS MENGIKUT ISLAM

6.1)Wanita bersolek untuk suami

Islam tidak melarang wanita bersolek kecantikan fizikal yang diharuskan oleh syarak, bahkan ia wajib jika dilakukan untuk suami dan menarik perhatian suaminya. Tetapi haram jika bertujuan untuk menarik perhatian lelaki-lelaki ajnabi atau atau untuk keluar rumah dengan mendedahkan aurat dan persolekannya. Hukumnya juga haram jika bersolek sehingga mengubah kejadian Allah atau menyerupai wanita jahiliyyah

6.2)Hukum wanita memakai bau-bauan

Terdapat beberapa hukum seperti wajib, haram, sunat, makruh dan harus.
a)Wajib wanita berwangi-wangian

Ketika suami berada di rumah, khususnya ketika hendak melayan suami pada waktu malam, malah hendaklah mereka terlebih dahulu bersolek dan memakai bau-bauan. Selain daripada itu, nabi saw tidak wajibkan. Nabi saw bersabda “Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu…” (Riwayat an-Nasa’is dari Abu Hurairah)
Maksud menyenangkan hati ialah dalam semua hal dan keadaan, sama ada aspek fizikal dan mental. Dari segi akhlak, wajah dan dirinya sentiasa berhias dan bersolek, sentiasa berbau wangi di rumah dan di hadapan suami, semuanya termasuk perkara yang boleh menyenangkan suami. Tetapi sekiranya untuk keluar rumah, wanita-wanita dilarang bahkan haram bersolek dan memakai bau-bauan kerana terdapat keterangan hadis yang melarang wanita berbuat demikian.

b)Waktu Sunat wanita berwangi-wangian

i- Ketika berada di dalam rumah, terutamanya ketika berhadapan dengan suami.
ii- Ketika hendak menunaikan solat dan beribadat dalam rumah, bukannya di masjid. Kalau untuk ke masjid,terdapat hadis yang melarang wanita berwangi-wangian.
iii- Ketika menyambut tetamu wanita, sunat berwangi-wangian
kerana sekiranya berkeadaan busuk boleh menimbulkan rasa
kurang senang dan menyakiti perasaan tetamu

c)Waktu makruh wanita memakai wangi-wangian

Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulamak dan terdapat penjelasan dalam bab puasa. Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alas an ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa” Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

d)Waktu haram bagi wanita berwangi-wangian

Waktu-waktu yang dilarang ialah ketika keluar rumah untuk ke majlis yang dibenarkan oleh syarak, di hadapan lelaki ajnabi, bertujuan untuk memikat lelaki dan ketika ke masjid untuk solat berjemaah. Keterangan yang berkaitan waktu-waktu itu ialah seperti berikut:

i- Rasulullah saw bersabda “….seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian melewati (melintasi) di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis (yang ada lelaki dan bukan muhram dengannya), maka wanita itu dikira sama (dosanya) dengan zina” (Riwayat Ahmad dan al-Tamizi)

ii- Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur “Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Allah swt tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi ” (abu Daud, an-Nasaie,Ibnu Majah dan al-Baihaqi)[9]
LAMPIRAN

RUJUKAN
Pembedahan mengikut wikipidea:

pembedahan palstik mengikut sains
pembedahan palstik menurut Bahasa
pembedahan tangan
 pembahagian


 PENUTUP
Kami melihat tajuk kerja kursus kami ini sebagai tajuk yang menarik kerana ia biasa dibahaskan dan kebanyakan daripada kita masih lagi keliru dengan hukum bagi pembedahan plastic bagi situasi yang berbeza. Kebiasaannya, kita melihat isu pembedahan ini di dalam skop yang kecil dan kita mudah menghukum seseorang apabila seseorang itu melakukan pembedahan plastic. Walhal dalam Islam sendiri meletakan hukum yang sepatutnya dan ada alsan disebalik setiap hukum yang ditetapkan. Di Malaysia sendiri, isu pembedahan plastic ini bukanlah perkara asing lagi apabila semakin ramai dilihat mula mengalih perhatian terhadpat fenomena ini. Selebriti terutamanya yang mula-mula terikut dengan pengaruh barat apabia ada sesetengah golongan mula taksub melalukan pembedahan pastik bagi mendaptkan bentuk anggota badan yang diingini.
Namun begitu, harus kita ingatkan bahawa pembedahan palstic juga membawa banyak kebaikan kepada insan tertentu yang mermelukannya. Dengan melakukan pembedahan plastic, kehidupan seseorang kembali kepada normal dan dapat bergaul dengan masyarakat tanpa rasa malu dan lebih yakin terhadap diri sendiri. Hal ini sering terjadi kepada mereka yang mengalami kecacatan ataupun kemalnagn teruk yang  telah menyebabkan keadaan fizikalnya berubah.
Kesimpulannya, isu pembedahan plastic mempunya kebaikan dan kebukannya tersendiri. Kita sebagai manusia perlulah berfikir sesuatu kesannya sebelum melakukannya.



[1]  Maksud pembedahan plastik (Wikipedia). Rujuk   https://ms.wikipedia.org/wiki/Pembedahan_plastik

[2]Pembedahan plastik menurut perspektif sains. ( © Qufu Hi-Tech Trading Co.,2017)

[3] Pembedahan plastic menurut Bahasa. (Nurul Miza Shasheiha,2012)

[4]Contoh pembedahan plastic.( COLLEGE OF RADIOLOGY SECRETARIAT) Rujukan http://www.breasthealthmalaysia.org/mengenali-pembinaan-semula-payudara/

[5]Pembedahan capel tunnel. (Nur Shawani Zakaria,2018)

[6] Jenis kecacatan.( Samy Dbl, Technician at IT Tehnician,2013)
[7]Dalil tentang hukum pembedahan plastik. (fatwa persekutuan)
Rujukan Muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum

[8] Pembedahan plastic yang diharamkan. (Samy Dbl, Technician at IT Tehnician,2013)
[9]Waktu haram bagi wanita berwangi-wangian. (SaiFuN NizAm S.Ag,2009)
Rujukan:http://saifunnizam.blogspot.com/2010/04/hukum-panduan-tabarruj-berhias-diri.html?m=1


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGENALAN

PEMBENTANGAN BERKUMPULAN